• Jentera BN Sarawak Sedia Hadapi PRU14

    Published: Friday, 12 January 2018
    A- A+


    KUCHING - Jentera Barisan Nasional (BN) Sarawak sudah bersedia untuk digerakkan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

    Pengerusi BN merangkap Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg berkata, pelbagai program telah diadakan untuk mempersiap serta memperkasakan jentera parti BN negeri ketika ini.

    Menurutnya, beliau juga telah mengarahkan supaya setiap presiden parti komponen BN negeri itu untuk memperkemaskan beberapa persediaan yang didapati masih kurang.

    "BN Sarawak juga sedang mempersiapkan manifesto yang lebih komprehensif untuk PRU ke-14 kelak.

    "Saya yakin, dengan adanya manifesto kita sendiri, ia secara langsung akan memudahkan usaha kita untuk mendekati rakyat," katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat BN Sarawak di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini hari ini.

    Berdasarkan rekod, BN Sarawak berjaya memenangi 24 daripada 31 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dalam PRU-13 lalu. - K! ONLINE
  • No Comment to " Jentera BN Sarawak Sedia Hadapi PRU14 "