• Jenayah Di Kuching Tunjuk Trend Penurunan

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 9 January 2018
    A- A+
    gambar fail

    KUCHING: Sepanjang tahun lalu, kadar jenayah di negeri ini mencatatkan penurunan berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

    Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata, berdasarkan statistik sebanyak 1,554 kes telah direkodkan sepanjang 2017 berbanding 1,610 kes pada 2016.

    Menurutnya, ia adalah hasil daripada usaha serta komitmen tinggi anggota pasukan keselamatan dalam memastikan usaha mencegah jenayah dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

    Mengulas lanjut, Abang Ahmad berkata dengan itu, ia sekaligus membolehkan peningkatan tahap keyakinan pengunjung sesuai dengan hasrat kerajaan negeri menjadikan bandaraya ini sebagai tempat yang amat selamat didiami dan dilawati seperti kajian yang telah dijalankan Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini.

    “Meskipun kajian tersebut menunjukkan peratusan yang positif, namun polis tetap akan terus berusaha keras untuk menjadikan bandaraya ini bebas jenayah,” katanya.

    Abang Ahmad berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah di Padang kawad Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching di sini, hari ini.-Sarawakiana
  • No Comment to " Jenayah Di Kuching Tunjuk Trend Penurunan "