• JDT Lancar Jersi Baharu Musim 2018

    Published: Saturday, 13 January 2018
    A- A+

    JOHOR BAHRU - Johor Darul Ta’zim (JDT) malam ini melancarkan jersi yang bakal digunakan pasukan berkenaan bagi mengharungi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC musim 2018/2019

    Majlis pelancaran di Dataran Bandaraya Johor Bahru itu disempurnakan oleh Presiden JDT, Tunku Aminah Sultan Ibrahim.

    Yang turut hadir, Presiden Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim dan Setiausaha Kehormat JDT, Kapten Fahmy Yahya serta disaksikan ribuan penyokong kelab Harimau Selatan.

    Saingan Liga Malaysia musim ini menyaksikan Harimau Selatan sekali menampilkan Nike sebagai penaja rasmi bagi kit pasukan itu berdasarkan perjanjian selama tiga tahun bersama jenama terkemuka Amerika Syarikat tersebut yang telah dimeterai musim lalu.

    Selain pasukan utama JDT, tiga pasukan lain yang bernaung di bawah Kelab Bolasepak JDT,
    JDT II (Liga Perdana), JDT III (Piala Presiden) dan JDT IV (Liga Belia) turut mendapat tajaan yang sama.

    Jersi terbaharu menaampilkan tiga warna simbolik, iaitu biru sebagai kit rumah (home), merah kit pelawat (away) dan biru cair kit ketiga (alternatif). - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " JDT Lancar Jersi Baharu Musim 2018 "