• Jazeman Tak Sabar Kkembali' Ke Sepang

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Tuesday, 2 January 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Pemandu negara, Jazeman Jaafar jelas sudah tidak sabar untuk berentap di laman sendiri apabila Siri Le Mans Asia bakal melabuhkan musim 2017/2018 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), awal Februari ini.

    Kali terakhir Jazeman beraksi di SIC adalah sedekad lalu ketika beraksi dalam Kejuaraan Formula BMW Asia 2007 bersama pasukan Meritus Racing.

    Jazeman pada ketika itu juga menjuarai kejuaraan berkenaan sebelum beralih ke Siri F3 British pada 2010 dan Formula Renault 3.5, tiga tahun kemudiannya.

    "Hampir sedekad sejak kali terakhir saya berlumba di Malaysia," kata Jazeman yang kini beraksi dalam kelas LMP2 di Siri Le Mans Asia bersama pasukan Jackie Chan DC Racing X Jota.

    "Pusingan di laman sendiri tentunya menjadi sesuatu yang istimewa buat saya. Sudah tentu saya amat teruja untuk beraksi di hadapan peminat tempatan nanti."

    Jazeman yang akan bergandingan bersama dua lagi pemandu negara - Weiron Tan dan Afiq Ikhwan Yazid - bagaimanapun masih perlu mengharungi satu pusingan di Litar Buriram, Thailand pada 11 hingga 13 Januari ini sebelum membuat penampilan di Sepang.

    Pemenang keseluruhan bagi setiap kelas dipertandingkan dalam Siri Le Mans Asia bakal menerima slot untuk beraksi di perlumbaan berprestij Le Mans 24 Jam di Perancis. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Jazeman Tak Sabar Kkembali' Ke Sepang "