• Jawatankuasa Khas, Teknikal Berkaitan MA63 Ditubuhkan - Abang Jo

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Friday, 12 January 2018
    A- A+
    Foto Utusan Borneo
    KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata jawatankuasa khas dan jawatankuasa teknikal berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ditubuhkan bagi menyelesaikan isu tersebut.

    Memetik laporan Utusan Borneo, menurutnya, tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri James Masing dan juga Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan akan menganggotai jawatankuasa khas tersebut.

    “Kita mempunyai pendekatan kita sendiri untuk menyelesaikan isu berkaitan MA63 dan kita berterima kasih kepada Perdana Menteri atas maklum balas beliau dan bersikap terbuka.

    “Jawatankuasa khas ini akan berbincang mengenai isu-isu am berkaitan MA63 manakala jawatankuasa teknikal ini akan membincangkan mengenai isu yang lebih rumit,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

    Sehubungan itu, katanya, perbincangan mengenai MA63 akan dibuat berdasarkan kepada dokumen dan fakta yang ada dan bukannya atas dasar emosi.

    “Perbincangan ini adalah berdasarkan kepada jawatankuasa antara kerajaan (IGC) yang asal yang sepatutnya dikaji semula 10 tahun selepas kemerdekaan tetapi tidak dibuat kerana pengerusinya ketika itu meninggal dunia (Tun Ismail Abdul Rahman).

    “Jadi, apa yang kita mahu buat sekarang ini berbincang berdasarkan perimeter sebelum ini dan dalam beberapa bulan ini jawatankuasa teknikal yang diketuai Peguam Negeri akan duduk berbincang,” ujarnya. – Sarawakiana
  • No Comment to " Jawatankuasa Khas, Teknikal Berkaitan MA63 Ditubuhkan - Abang Jo "