• Jawatankuasa kerja diwujudkan selaras pertindihan tugas: TPM

    Published: Wednesday, 31 January 2018
    A- A+


    PUTRAJAYA - Sebuah jawatankuasa kerja akan diwujudkan bagi menyelaras pertindihan tugas melibatkan pertubuhan yang berdaftar di bawah kementerian, jabatan dan agensi, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Penyelarasan dan Kawal Selia Pertubuhan-pertubuhan di Malaysia yang dipengerusikannya semalam.

    Jawatankuasa ini juga akan menyelaras aspek pertukaran maklumat di antara agensi kerajaan yang mempunyai bidang kuasa mendaftarkan pertubuhan.

    Ahmad Zahid berkata, pada masa sama, libat urus dengan persatuan dan pertubuhan akan terus diperkukuh bagi memastikan pertubuhan di Malaysia diurus dengan lebih efisien serta mengikut perundangan sedia ada.

    Sehingga kini terdapat 110,524 pertubuhan berdaftar telah dikenal pasti di bawah bidang kuasa pelbagai kementerian, jabatan dan agensi di negara ini, katanya.

    Antaranya di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Kementerian Belia dan Sukan; Kementerian Pertahanan, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional serta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.-SH

    Subjects:

  • No Comment to " Jawatankuasa kerja diwujudkan selaras pertindihan tugas: TPM "