• Jari Kaki Disambung Ke Tangan Kanak-Kanak Kudung

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Tuesday, 9 January 2018
    A- A+

    Buat pertama kalinya, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang kehilangan semua jari tangannya kini mampu memegang pen, selepas doktor memindahkan jari kaki ke tangan.

    Virendra Singh, dari Delhi, kini menggunakan dua jari kakinya yang disambungkan di tangan kanannya selepas menjalani pembedahan. Dia menjadi kudung selepas terkena renjatan elektrik.

    Pembedahan yang amat rumit dan mengambil masa selama 10 jam itu juga akan membolehkan Virendra berjalan seperti biasa meskipun dua jari kakinya telah tiada.

    Prosedur berkenaan dijalankan oleh Dr Amita, dengan menjadikan kes seorang remaja di Australia, Zac Mitchell, 20, yang telah menjalani pembedahan memindahkan jari kaki ke tangan, pada April tahun lepas, sebagai rujukan.

    Virendra kini tidak sabar lagi untuk menggunakan tangannya itu namun dia perlu menjalani rawatan fisioterapi terlebih dahulu.

    Kanak-kanak terbabit terkena renjatan elektrik tiga tahun lalu selepas dia memasukkan tangannya ke dalam bekas air yang mempunyai wayar eletrik.

    Kedua-dua tangannya mengalami kecederaan yang parah hingga mengalami gangrene. Ia memaksa doktor memotong tangannya. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Jari Kaki Disambung Ke Tangan Kanak-Kanak Kudung "