• Janji PH untuk Sarawak Hanya Retorik

    Published: Thursday, 11 January 2018
    A- A+
    Belum begitu lama Tun Mahathir (PPBM) datang berceramah bersama parti lain dalam Pakatan Harapan (PH) yang lokasinya terletak di BDC Kuching.

    Dalam ceramah tersebut Mahathir menjanjikan berbagai bentuk janji agar rakyat negeri ini mengundi PH pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) nanti.

    Antara janji Mahathir ialah memudahkan pengembalian hak Sarawak berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

    Yang menjadi persoalan kini adakah Mahathir dan PH benar-benar mahu memperjuangkan negeri ini sedangkan parti Mahathir (PPBM) di katakan tidak akan menghantar sebarang calon pada PRU14 nanti.

    Menurut kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, PPBM tidak berminat bertanding di Sarawak kerana mahu fokus kerusi kawasan yang dimenangi UMNO.

    Turut ditekan ialah kawasan di Sarawak sukar untuk dimenangi. Ternyata PPBM sudah awal mengalah di Sarawak dan berundur sebelum berperang.

    Dari tindakan tersebut, ramai menjangkakan PH tidak akan menunaikan janji untuk memperjuang Sarawak kerana setiap janji yang ditabur adalah idea Mahathir dan PPBM.

    Janji mempermudahkan urusan mengembalikan hak Sarawak hanya janji kosong yang sekadar berperanan untuk menarik pengundi Sarawak memilih PH pada PRU nanti.

    Dengan tidak mahu bertanding di Sarawak, jelaslah PPBM tidak mementingkan Sarawak sepertimana yang dijanji oleh Mahathir kerana tiada suara Sarawak jika PH mengekalkan Mahathir sebagai Perdana Menteri jika PH menang PRU14. - A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Janji PH untuk Sarawak Hanya Retorik "