• Jangan Tunggu Rakyat Buang Kita - Tiong

    Published: Monday, 8 January 2018
    A- A+

    Jangan menunggu rakyat 'buang kita' baharu hendak bertindak bantu mereka, demikian gesaan Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing terhadap Pergerakan Pemuda Parti Demokratik Progresif (PDP).

    "Seruan ini bukan sahaja kepada pemimpin serta ahli majlis tertinggi malah ahli peringkat bahagian dan cawangan perlu mengambil berat dan melihat keperluan serta permasalahan dihadapi rakyat," katanya seperti dilaporkan Utusan Borneo.

    Menurutnya, Pergerakan Pemuda PDP perlu aktif membantu rakyat dalam kesusahan di peringkat akar umbi serta membantu pembangunan negeri ini tanpa menunggu arahan dari pucuk pimpinan parti,

    "Jangan jadikan parti sebagai 'parti syok sendiri' sebaliknya ahli perlu sehati sejiwa membantu serta prihatin terhadap kesusahan rakyat.

    "Ahi parti tidak harus melupakan jasa dan pengorbanan rakyat membantu memberi kuasa melalui sokongan mereka," ujarnya.

    Tambah beliau, meskipun PDP adalah sebuah parti yang kecil dengan kawasan tumpuan perkhidmatan yang besar, namun perjuangan membantu rakyat perlu diutamakan. - Sarawakiana


    Subjects:

  • No Comment to " Jangan Tunggu Rakyat Buang Kita - Tiong "