• Jangan Percaya Khabar Angin, Salang Tetap Jadi Pilihan Penduduk Julau

    Published: Thursday, 4 January 2018
    A- A+

    Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang Gandum terus mendapatkan sokongan daripada pemimpin akar umbi di kawasannya untuk dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Memetik laporan The Borneo Post, Tuai Rumah dari Genting Kopi, Pakan Jantan Uchong berkata, walaupun sudah menjadi ahli parlimen selama empat penggal, Salang berkhidmat dengan baik selama ini.

    "Dakwaan Salang tidak memahami kehendak rakyat dan calon baharu akan berjuang untuk mendapatkan lebih dana hanya retorik politik," katanya.

    Menurutnya, tiga tuai rumah dan bekas kanselor yang mendakwa Salang tidak dicalonkan semula pada PRU14 tidak mewakili majoiriti penduduk.

    "Saya berharap mereka tidak bercakap sebagai orang upahan," ujarnya.

    Selain pembangunan fizikal tambahnya, Salang berjaya mengubah minda penduduk terutama untuk mendapatkan pendapatan baik dan stabil.

    Malah katanya, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar James Masing turut mendedahkan Salang merupakan calon terbaik untuk mempertahankan kerusi Julau pada PRU114.

    "Pemimpin parti komponen BN turut menyokong penuh Salang untuk terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Julau," jelasnya.-Sarawakiana




    Subjects:

  • No Comment to " Jangan Percaya Khabar Angin, Salang Tetap Jadi Pilihan Penduduk Julau "