• Jangan Percaya Berita Palsu, Terus Sokong Anyi Di Baram

    Published: Tuesday, 23 January 2018
    A- A+

    Pilihan Raya Umum akan datang akan menyaksikan penyandang kerusi Parlimen Baram, Anyi Ngau dikekalkan.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Menteri Muda Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datu Dr Penguang Manggil menasihatkan agar penduduk di kawasan N76 Marudi perlu terus bersatu hati.

    "Kerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan tuai rumah panjang masing-masing perlu diteruskan bagi memastikan semangat 'Segulai Sejalai' parti itu dapat diamalkan.

    "Sehubungan itu, saya mahu rakyat di kawasan ini dan Parlimen Baram supaya tidak mempercayai khabar angin atau berita palsu berhubung perkara itu (pencalonan Anyi) yang sengaja dibangkitkan sesetengah pihak," katanya.

    Penguang turut memberitahu agar masyarakat menjadi pengguna yang bertanggungjawab supaya tidak menyalahgunakan teknologi untuk menyebar berita palsu dan propaganda politik yang bersifat negatif dan berunsur kebencian. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Jangan Percaya Berita Palsu, Terus Sokong Anyi Di Baram "