• Jangan Lupakan Pembangunan Luar Bandar - Juanda

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Friday, 5 January 2018
    A- A+

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya berharap Barisan Nasional (BN) dapat menunaikan janji pembangunan di luar bandar sebelum menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Memetik laporan Utusan Borneo, beliau berkata, 'mood' pengundi dari kawasan pesisir dan luar bandar perlu dijaga.

    "Di bandar kita tahu pembangunan sangat rancak, namun jangan dilupakan pembangunan untuk kawasan luar bandar yang juga harus ditekankan," katanya.

    Menurutnya, sekarang semakin ramai pengundi atau penduduk luar bandar berpendidikan tinggi dan menyedari mengenai hak mereka.

    "Mereka sedar akan hak mereka," ujarnya sambil mahu pembangunan ekonomi terus dipertingkatkan.

    Tambahnya, penduduk luar bandar mempunyai hasrat untuk melihat pembangunan dalam pelbagai aspek terutama di kawasan yang merupakan kubu kuat BN.-Sarawakiana

  • No Comment to " Jangan Lupakan Pembangunan Luar Bandar - Juanda "