• Jangan Dengar Fitnah, Berita Palsu Pembangkang

    Published: Wednesday, 17 January 2018
    A- A+

    Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil menasihati penduduk Marudi supaya tidak mendengar fitnah dan percaya berita palsu pembangkang yang boleh menyebabkan pergaduhan sesama sendiri.

    Sehubungan itu menurutnya, sokongan padu perlu terus diberikan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memastikan majoriti besar dapat diraih pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    "Masyarakat diingatkan bersatu padu serta tidak mendengar fitnah dan berita palsu yang menyebabkan pergaduhan sesama sendiri," katanya seperti yang dilaporkan Utusan Borneo.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi mahu ketua masyarakat dan tuai rumah terus menambah ilmu pengetahuan terutama langkah menjana ekonomi serta pentadbiran kawasan masing-masing.

    Setakat ini katanya, beliau sudah melawat hampir 200 rumah panjang di kawasannya walaupun baharu setahun lapan bulan menjadi ADUN.

    "Saya tidak mahu lawatan saya disambut secara besar-besaran sebaliknya saya mahu melihat sendiri isu dan permasalahan yang dihadapi setiap kampung dan rumah panjang.

    "Selepas itu baharulah saya dapat membuat perancangan yang sewajarnya," ujarnya.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Jangan Dengar Fitnah, Berita Palsu Pembangkang "