• Jakarta Dilanda Gempa 6.4 Magnitud

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Tuesday, 23 January 2018
    A- A+

    JAKARTA: Gempa bumi dengan kekuatan 6.4 magnitud menggegarkan bandar raya ini sebentar tadi.

    Pusat gempa dikesan sedalam 10 kilometer, 81 kilometer barat daya wilayah Banten di Pulau Jawa, kata Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia.

    Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

    Tiada kecederaan dilaporkan.

    Sementara itu, Metro TV melaporkan, kakitangan pejabat bergegas keluar dari bangunan di Jakarta susulan gempa kuat berkenaan.

    "Kami dapat rasa gegaran berlanjutan antara tiga hingga lima minit," kata Rudy Togatorop, 35, kakitangan di Kedutaan Chile.

    "Ketika itu saya sedang duduk apabila bangunan terasa bergoyang. Tangga kecemaran pula amat sempit dan saya bimbang sesuatu yang buruk berlaku," katanya. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Jakarta Dilanda Gempa 6.4 Magnitud "