• Jaga Adab Ketika Berkempen

    Published: Friday, 19 January 2018
    A- A+
    Politik di Sarawak sudah melangkah jauh dengan wujudnya media sosial sebagai medium utama untuk menyebar bahan kempen dalam usaha meraih sokongan.

    Dengan itu, cara berkempen turut berubah dan norma-norma tertib adab akan terhakis jika ketaksuban berpolitik menguasai diri.

    Perkara tersebut cukup membimbangkan kerana Sarawak sebelum ini merupakan antara negeri paling harmoni dan aman ketika semua parti berpolitik.

    Pada masa dahulu, parti politik hanya menekankan kritikan pembangunan dengan cukup berhemah tanpa perlu pendekatan ekstrim.

    Namun pada masa kini, nilai-nilai berpolitik yang baik semakin ditinggalkan kerana parti politik terutama pembangkang sudah menerap politik menghasut dan memfitnah.

    Malah politik hari ini lebih gemar mengguna bahasa kesat serta caci mencaci. Perkara sebegini sudah tersasar dari tatasusila masyarakat majmuk negeri ini.

    Dahulu cara berpolitik lebih banyak menimbul kritikan membina supaya kerajaan yang memerintah dapat memperbetul kesilapan yang berlaku. Tetapi hari ini politik serangan peribadi digunapakai kerana dengan cara demikian mampu meraih sokongan rakyat walaupun ia adalah fitnah.

    Hal sedemikian, rakyat perlu menilai sebaik-baiknya setiap isi kempen politik agar tidak terjebak dengan politik melampaui amalan keberadaban masyarakat Sarawak.

    Sudah semestinya setiap ahli politik harus menjaga adab ketika berkempen kerana jika tidak,poiltik pada masa hadapan akan tidak keruan dan berlaku keadaan kacau bilau serta tidak mempunyai adab. - A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Jaga Adab Ketika Berkempen "