• Jabatan Kastam KLIA Tumpas 2 Kes Seludup Dadah Dari India Bernilai RM1.09juta

    Reporter: Yusz Man
    Published: Friday, 19 January 2018
    A- A+


    SEPANG - Jabatan Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya mematahkan dua kes penyeludupan dadah bernilai RM1.09 juta melalui pintu masuk KLIA dalam tempoh dua minggu bermula 1 Januari hingga 15 Januari lalu.

    Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, pasukan penguat kuasa jabatan itu berjaya menahan dua wanita warga India yang juga merupakan adik beradik berusia 30 dan 31 tahun ditahan selepas didapati membawa 10.50 kilogram (kg) dadah jenis metamphetamime bernilai RM735,000.

    Jelas beliau, dadah tersebut didapati telah disorok dalam bekas bedak yang dijumpai dalam dua bagasi milik kedua-dua wanita yang tiba ke negara ini dengan menaiki pesawat AirAsia dari Chennai.

    “Kita dapati wanita berusia 31 tahun itu telah beberapa kali masuk ke Malaysia dan adiknya pula baru pertama kali ke negara ini,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Kastam KLIA di sini hari ini.

    Subromaniam berkata, kes kedua melibatkan seorang lelaki berusia 32 tahun yang didapati menyorokkan dadah jenis metamphetamime seberat 5.20kg dalam dua kotak berisi alatan dapur memasak.

    Sementara, kes ketiga pula melibatkan cubaan untuk menyeludup 1,020 keping matawang Taiwan bernilai RM136,502.94 yang disorokkan dalam patung beruang. - K! ONLINE

    “Jabatan Kastam KLIA telah menahan dua lelaki warga Nigeria yang disyaki terlibat dalam kes tersebut,” kata beliau.-K online

    Subjects:

  • No Comment to " Jabatan Kastam KLIA Tumpas 2 Kes Seludup Dadah Dari India Bernilai RM1.09juta "