• Isteri Tun M Disoal Siasat

    Published: Friday, 26 January 2018
    A- A+


    SHAH ALAM: Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali disoal siasat polis pagi ini berhubung ucapannya dalam satu himpunan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, pada 10 September tahun lalu.

    Anak Siti Hasmah, Marina Mahathir menerusi Twitter beliau memberitahu, ibunya sedang disoal siasat berhubung ucapannya di himpunan 'Wanita Bantah Politik Toksik' anjuran beberapa individu antaranya Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dan pemimpin kumpulan G25, Noor Farida Ariffin.

    Isteri kepada Tun Dr Mahathir itu pada himpunan berkenaan memberikan ucapan ringkas di hadapan kira-kira 1,000 peserta, menggesa kaum wanita supaya memainkan peranan mereka dalam menghentikan 'politik toksik' di negara ini.

    Siti Hasmah, 91, juga mengecam insiden menampar pengarah dan penerbit filem terkenal, David Teo pada satu forum, Mei tahun lalu.  - SH

    Subjects:

  • No Comment to " Isteri Tun M Disoal Siasat "