• Israel Sekat 20 NGO

    Published: Tuesday, 9 January 2018
    A- A+

    TEL AVIV - Israel mengenakan larangan perjalanan ke atas 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing yang menyokong kempen boikot terhadap rejim Tel Aviv yang melakukan penindasan terhadap penduduk Palestin.

    Kelmarin, Menteri Hal Ehwal Strategik Israel, Gilad Erdan berkata, kumpulan yang disenaraihitam itu adalah yang secara berterusan melancarkan kempen boikot, lupus dan sekat (BDS).

    Larangan yang dikenakan ke atas NGO termasuk dari Eropah, Amerika Syarikat, Chile dan Afrika Selatan itu diumumkan selepas Knesset meluluskan rang undang-undang melarang warga asing bekerja bagi pihak yang menyokong kempen BDS terbabit daripada memasuki wilayah tersebut pada Mac lalu.

    Ia bagaimanapun tidak jelas bagaimana larangan itu akan dikuatkuasakan, namun ribuan individu bakal terkesan di bawah larangan tersebut.

    Gerakan BDS tersebut adalah sebuah kempen global yang bermula pada 2005 oleh lebih 170 pertubuhan Palestin bertujuan melancarkan pelbagai bentuk boikot terhadap Israel sehingga ia memenuhi kewajipan di bawah undang-undang antarabangsa.

    Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam Friends of al-Aqsa (FOA) yang merupakan salah sebuah NGO yang berdepan larangan itu menyifatkan keputusan itu membuktikan kempen BDS berjaya.

    "Israel melihat ia sebagai penghalang kepada mereka dan guna taktik menakut-nakutkan aktivis yang menentang pendudukan mereka di Palestin," ujar Shamiul Jorder lagi. - Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Israel Sekat 20 NGO "