• Iqram Dinzly Mohon Maaf Tersasul Sebut ‘Che Mat’

    Published: Monday, 8 January 2018
    A- A+


    BEKAS pelakon Iqram Dinzly memohon maaf berkenaan isu ‘Che Mat’ yang merujuk kepada Nabi Muhammad SAW.

    Permohonan maaf Iqram itu atau mahu dikenali dengan nama Iq ketika ini dilakukan secara terbuka ketika bersiaran secara live di FB Sinar Harian tengah hari tadi.

    “Saya mohon maaf atas apa yang berlaku. Sebelum live di Melodi, saya menghadapi banyak masalah antaranya tayar kereta pecah dan tak dapat tidur dengan betul.

    “Jadi bila live, saya agak kelam kabut, dan tersebutlah ‘Che Mat’ tapi saya telah betulkan cepat-cepat Nabi Muhammad SAW.


    “Saya juga bukan buat lawak, bukan perlekehkan Nabi Muhammad SAW. Saya tak hina atau cela. Namun, saya tersasul. Oleh itu, saya sekali lagi mohon ampun dan maaf bagi khilaf yang terjadi,” jelasnya.

    Tambahnya, dia tidak ada masalah jika ada yang menyuruh dia bertaubat.

    “Tapi perlu ke saya beritahu semua orang yang saya sudah bertaubat? Apa yang penting saya sudah mohon maaf secara terbuka dan terpulanglah kepada semua sama ada menerima permohonan maaf dari saya atau pun tidak,” katanya. - Sinar

    Subjects:

  • No Comment to " Iqram Dinzly Mohon Maaf Tersasul Sebut ‘Che Mat’ "