• Infrastruktur Luar Bandar Tidak Akan Diabaikan - Abang Jo

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Wednesday, 3 January 2018
    A- A+

    KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg menegaskan bahawa kerajaan tidak akan mengabaikan pembinaan infrastruktur terutama di kawasan luar bandar.

    "Kita akan terus membina kemudahan awam serta jambatan dan jalan raya yang merangkumi formula baharu untuk membangunkan jalan luar bandar secara sistematik," katanya.

    Memetik Utusan Borneo beliau berkata,kerajaan akan menaik taraf kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta melaksanakan hala tuju ekonomi digital.

    "Saya mahu setiap orang Sarawak menjadi sebahagian daripada kemajuan ini," katanya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Infrastruktur Luar Bandar Tidak Akan Diabaikan - Abang Jo "