• Industri Pelancongan Akan Terjejas Jika Henti Uber, Grab - Karim

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Thursday, 11 January 2018
    A- A+

    Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menegaskan sekiranya perkhidmatan e-hailing seperti Uber dan Grab dihentikan ia mungkin akan menjejaskan industri pelancongan.

    Ini kerana menurutnya, perkhidmatan pengangkutan awam kurang mendapat sambutan di kalangan pengguna.

    "Sekiranya kita menghentikan Uber dan Grab, ia akan menjejaskan industri pelancongan kita terutamanya apabila perkhidmatan e-hailing ini merupakan trend terkini dalam sistem pengangkutan global," katanya memetik laporan The Borneo Post

    Beliau berkata demikian susulan gesaan pemandu teksi agar perkhidmatan uber dan grab dihentikan kerana didakwa menjejaskan pendapatan mereka.

    "Pemandu teksi tidak boleh menggesa kerajaan untuk menghentikan Uber atau Grab kerana ini adalah trend yang ada di seluruh dunia. Ini adalah fakta dan pemandu perlu mengubah pemikiran mereka," ujarnya.

    Beliau turut ,mencadangkan agar mereka yang enggan meneruskannya sebagai pemandu teksi harus mempertimbangkan menjadi pemandu Uber atau Grab untuk meningkatkan pendapatan mereka.

    Walaubagaimanapun, Karim yakin kerajaan akan meneliti masalah yang dihadapi oleh pengendali teksi bagi membantu mengurangkan kos operasi mereka. - Sarawakiana

  • No Comment to " Industri Pelancongan Akan Terjejas Jika Henti Uber, Grab - Karim "