• Industri Pekerja Seks AS Raih AS$2.5 Bilion Setahun

    Published: Thursday, 18 January 2018
    A- A+


    NEW YORK: Kumpulan penyeludup di Amerika Syarikat meraih AS$2.5 bilion (RM9.8 bilion) setahun hasil khidmat pekerja seks di rumah-rumah urut.

    Tinjauan oleh sebuah kumpulan anti-perhambaan dikenali sebagai Projek Polaris mendapati, semua pekerja seks itu adalah daripada golongan imigran yang terjerat dengan hutang serta tidak fasih berbahasa Inggeris, kebanyakannya dari China dan Korea Selatan.

    Industri rumah urut haram ialah jenayah pemerdagangan manusia kedua terbesar di AS selepas industri pengiring sosial.

    Menurut kajian itu lagi, semua pusat urut itu beroperasi di sepanjang lebuh raya atau berselindung di sebalik kedai-kedai tertentu di pusat beli belah.

    "New York dan California ialah lokasi utama pekerja ini selepas terpedaya dengan janji palsu oleh penyeludup, kononnya mereka berpeluang mendapat pekerjaan yang sah dan menawarkan pendapatan lumayan," kata kajian itu.

    Ketua tinjauan, Rochelle Keyhan, berkata semua mangsa akan diugut sebaik memulakan pekerjaan dan sering berpindah randah bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

    "Ini ialah kali pertama jumlah keuntungan didapati penyeludup ini didedahkan kepada umum.

    "Di peringkat global, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menganggarkan kumpulan penjenayah ini meraih keuntungan sekitar AS$150 bilion (RM592 bilion) setahun hasil kerja haram mereka," katanya. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Industri Pekerja Seks AS Raih AS$2.5 Bilion Setahun "