• Industri Filem Porno Semakin Kebimbangan

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 10 January 2018
    A- A+

    BINTANG filem lucah, Olivia Nova, 20, telah meninggal dunia secara mengejut. Mayatnya ditemui di Los Angeles pada Ahad namun punca kematian masih belum diketahui.

    Agensi yang menguruskannya, Direct Models ketika mengesahkannya berkata, Nova berasal dari Minnesota dan memulakan kariernya dalam industri filem lucah pada Mac tahun lepas.

    Nova menjadi bintang filem porno yang keempat meninggal dunia dalam secara mengejut. Tiga yang lain adalah Stylez, 35, August Ames, 23, dan Yuri Luv, 31.

    Stylez meninggal dunia ketika tidur di rumah ibunya Disember lalu manakala Ames pula membunuh diri selepas menjadi bahan `troll’ di media sosial.

    Seminggu selepas kematian Ames, Yuri pula meninggal dunia akibat dadah.Dengan empat kematian dalam masa beberapa bulan ini, industri filem lucah di Amerika Syarikat kini berasa bimbang. – Mynewshub.cc

    Subjects:

  • No Comment to " Industri Filem Porno Semakin Kebimbangan "