• India Lancar Peluru Berpandu Jarak Jauh

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Friday, 19 January 2018
    A- A+

    NEW DELHI: India hari ini, melancarkan ujian peluru berpandu jarak jauh antara benua, sebahagian daripada usahanya untuk menangani program senjata nuklear yang dibangunkan oleh Pakistan dan China.

    "Peluru berpandu Agni yang mampu mencapai sasaran 5,000 kilometer dilancarkan dari sebuah pulau di timur India, yang terletak di Teluk Bengal," kata Kementerian Pertahanan dalam satu mesej di akaun Twitter rasminya.

    Katanya, pelancaran peluru berpandu itu adalah satu rangsangan terhadap kemampuan pertahanan India.

    Peluru berpandu Agni-V adalah versi tercanggih dalam siri Agni atau Fire, iaitu sebahagian daripada program yang dibangunkan sejak 1980-an.

    Sebelum ini, New Delhi berkata, mereka berdepan ancaman dari Pakistan, yang sudah membangunkan program senjata balistik dan nuklear.

    India mendakwa turut berdepan ancaman dari China, susulan pertikaian di sempadan kedua-dua negara di Banjaran Himalaya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " India Lancar Peluru Berpandu Jarak Jauh "