• Impian Penduduk Kuching Family Park Miliki Surau Akhirnya Menj adi Kenyataan

    Published: Sunday, 21 January 2018
    A- A+

    KUCHING: Impian penduduk Kuching Family Park untuk memiliki surau serba lengkap dan moden akhirnya menjadi kenyataan selepas kerja-kerja pembinaan Surau Ar Rahman yang bernilai RM2.089 juta dimulakan.

    Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah membantu memohon peruntukan daripada kerajaan persekutuan berjumlah RM1.6 juta manakala permohonan tapak masjid daripada kerajaan negeri.

    Menurutnya, usaha sejak empat tahun lepas akhirnya menampakkan hasil selepas kerja permulaan projek akan bermula tidak lama lagi.

    "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Surau Ar Rahman yang dirancang untuk dibangunkan akan memulakan pembinaannya tidak lama lagi," katanya ketika berucap merasmikan Pembinaan Surau Ar Rahman Kuching Family Park hari ini.

    Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menjelaskan, peruntukan untuk pembinaan surau tersebut bukan sahaja daripada kerajaan persekutuan tetapi menerusi konsep wakaf dan sumbangan masyarakat.

    Tambahnya, pembinaan surau tersebut juga sebagai lambang kekuatan masyarakat di Parlimen P.193 Santubong yang seharusnya terus dijaga.-Sarawakiana

  • No Comment to " Impian Penduduk Kuching Family Park Miliki Surau Akhirnya Menj adi Kenyataan "