• IG Pengesan Banjir Kilat

    Published: Friday, 19 January 2018
    A- A+

    KUCHING : Banjir kilat merupakan bencana yang sering melanda kawasan bandar di Sarawak agar sukar untuk dikesan termasuk dalam aspek maklumat kerana ketiadaan peralatan bersesuaian sebagai pengesan.

    Menurut Penolong Pengarah Cawangan Hidrologi dan Sumber Air Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak, kejadian banjir kilat sebelum ini sukar untuk dikesan menandangkan ia berlaku terlalu cepat dan singkat.

    "Lagipun sistem yang ada sebelum ini tidak begitu berkesan untuk mengesan kejadian banjir kilat," katanya.

    Katanya, JPS Sarawak mula menubuh satu pasukan yang digelar DID Kenyalang yang berperanan mencipta satu alat pengesan banjir (Intelligent Gauge) yang begitu komprehensif.

    "Alat tersebut dicipta dengan mengambil masa tiga bulan dan dilengkapi ciri-ciri kelengkapan perakam aras air dan perhubungan yang canggih.

    "Pada masa sama sistem ini akan mengumpul data paras tertinggi kenaikan aras air dan boleh dijadikan rujukan untuk pembangunan pada masa akan datang," ujarnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " IG Pengesan Banjir Kilat "