• Hospital Terbakar Di Korea Selatan, Angka Kematian Meningkat 31 Orang

    Published: Friday, 26 January 2018
    A- A+
    MIRYANG (Korea Selatan), 26 Jan (Bernama) -- Seramai 31 orang terbunuh manakala lebih 40 yang lain cedera, dalam kebakaran sebuah hospital di bandar tenggara Miryang pada awal Jumaat, lapor agensi berita Yonhap.

    Menurut pihak berkuasa, kebakaran dipercayai bermula kira-kira pukul 7.30 pagi di bilik kecemasan di tingkat pertama bangunan utama Hospital Sejong.

    Kebakaran dapat dipadamkam kira-kira dua jam kemudian. Hampir 100 pesakit dipercayai berada di dalam bangunan hospital ketika kejadian.

    Seramai 52 orang, kebanyakannya pesakit dipindahkan ke empat buah hospital berdekatan, kata pihak berkuasa. Sementara, 93 pesakit dari bangunan bersebelahan berjaya dipindahkan dan semua dilaporkan selamat.

    Identiti mangsa masih belum dikenal pasti. -- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Hospital Terbakar Di Korea Selatan, Angka Kematian Meningkat 31 Orang "