• Hospital Tawar Khidmat Putihkan Zakar Disiasat

    Published: Saturday, 6 January 2018
    A- A+


    BANGKOK: Pegawai kesihatan membuat pemeriksaan di Hospital Lelux di sini pada Jumaat bagi menyiasat laporan bahawa ia menyediakan dan mengiklankan perkhidmatan pemutihan zakar lelaki.

    "Mereka datang untuk meminta maklumat mengenai perkhidmatan," kata pengurus pemasaran hospital, Popol Tansakul kepada The Nation.

    Popol berkata, beliau telah memberi jaminan kepada pegawai berkenaan bahawa rawatan laser untuk alat kelamin lelaki itu selamat kerana mereka memberi lebih tumpuan kepada bahagian kelangkang.

    Beliau mengakui pegawai kesihatan dari Pejabat Kesihatan Awam Nonthaburi turut bertanyakan mengenai iklan perkhidmatan berkenaan.

    "Perkhidmatan baharu. Kurangkan pigmentasi. Membuatkan zakar lebih putih. Tidak sakit. Tiada pemulihan diperlukan," menurut 'posting' seorang pengguna Facebook Atittayapa Photiya, yang menggambarkan dirinya bekerja di Hospital Lelux. - The Nation/Asia News Network

    Subjects:

  • No Comment to " Hospital Tawar Khidmat Putihkan Zakar Disiasat "