• Hilux Bertembung Lori Kargo Di Sri Aman

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 10 January 2018
    A- A+

    SRI AMAN: Sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux bertembung dengan lori kargo akibat di Jalan Sri Aman – Engkelili malam tadi.

    Dalam kejadian jam 10.39 malam itu, kejadian dipercayai berlaku akibat tumpahan tanah yang dilaporkan sepanjang 1km di atas jalan raya daripada sebuah lori.

    Menurut Jurucakap Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, akibat daripada tumpahan tanah itu, menyebabkan kedua-dua kenderaan tersebut bertembung.

    “Didapati tiada mangsa yang cedera dan terlibat dalam kemalangan tersebut.

    “Bomba telah membersihkan jalan raya yang ditumpahi tanah menggunakan satu aliran salur bantu,” katanya. – Sarawakiana
  • No Comment to " Hilux Bertembung Lori Kargo Di Sri Aman "