• Harga petrol naik empat sen, diesel kekal

    Published: Wednesday, 17 January 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing mencatatkan kenaikan sebanyak empat sen kepada RM2.30 seliter dan RM2.57 seliter bermula tengah malam ini sehingga 24 Januari.

    Kadar baharu itu diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menerusi akaun media sosialnya hari ini.

    Harga diesel pula tidak mencatatkan sebarang perubahan dan kekal pada kadar RM2.32 seliter. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Harga petrol naik empat sen, diesel kekal "