• Harga petrol Naik 3 sen, diesel naik 6 sen

    Published: Wednesday, 3 January 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Harga runcit mingguan bagi produk petrol dan diesel pada minggu pertama bulan Januari mengalami kenaikan.

    Berkuatkuasa tengah malam ini, harga RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen kepada RM2.29 dan RM2.56 seliter, manakala diesel pula naik enam sen kepada RM2.32.

    Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK), harga baharu ini diguna pakai bermula 12.01 tengah malam ini hingga 10 Januari 2018. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Harga petrol Naik 3 sen, diesel naik 6 sen "