• Harga Minyak Turun, Diesel Kekal

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 10 January 2018
    A- A+


    PETALING JAYA: Harga baharu bahan api petrol turun sebanyak tiga sen, manakala diesel pula kekal mulai tengah malam ini.

    Harga RON95 dan RON97 turun sebanyak tiga sen masing-masing kepada RM2.26 dan RM2.53 seliter.

    Manakala harga diesel pula kekal kepada RM2.32 seliter.

    Harga baharu ini diumumkan pada Rabu petang dan kenaikan bermula pukul 12.01 pagi Khamis sehingga 17 Januari ini.

    Mekanisme pengumuman harga bahan api secara mingguan berkuat kuasa sejak April lalu. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Harga Minyak Turun, Diesel Kekal "