• Harga minyak sawit antara RM2,500-RM2,700 satu tan

    Published: Monday, 22 January 2018
    A- A+

    KARACHI: Harga minyak sawit Malaysia dijangka didagangkan pada jajaran RM2,500-RM2,700 satu tan susulan penyusutan pengeluaran mulai Mac ini.

    Keadaan itu juga didorong penyusutan stok mulai sekarang hingga Julai, kata penganalisis utama minyak sayuran Dorab Mistry.

    Ia adalah pemulihan bagi harga penanda aras minyak sawit yang turun lebih lebih 10 peratus sejak awal November disebabkan peningkatan simpanan stok Malaysia.

    Paras inventori di Malaysia menokok ke paras tertinggi dalam lebih dua tahun bulan lalu, mencecah 2.7 juta tan.

    "Sawit kelihatan terlebih jual dan permintaan pada paras rekod," kata Mistry pada persidangan minyak masak di sini, demikian menurut salinan awal nota penyampaian beliau.

    Beliau berkata, sokongan harga juga dilihat antara sekarang dan Ogos.

    "Kita menjangka langkah kerajaan Malaysian untuk membantu peladang kecil dan menyokong harga."

    Harga minyak sawit di Malaysia susut 1.3 peratus Jumaat lalu untuk ditutup pada RM2,445 satu tan.

    "Stok sudah memuncak dan akan susut perlahan-lahan mulai sekarang hingga Julai 2018," kata Mistry sambil menambah tinjauan harga beliau bersandarkan andaian harga minyak mentah Brent pada jajaran AS$60-AS$75 satu tong. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Harga minyak sawit antara RM2,500-RM2,700 satu tan "