• Harga Minyak Mentah Naik

    Published: Wednesday, 17 January 2018
    A- A+
    Harga minyak mentah meningkat hari ini susulan permintaan global yang kukuh, meskipun kebanyakan penganalisis memberi amaran mengenai pembetulan ke arah penurunan selepas mengalami peningkatan harga lebih 13 peratus.

    Laporan Reuters menyebut harga didorong oleh pengurangan pengeluaran di negara Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan Russia, selain daripada pertumbuhan permintaan yang baik.

    Niaga hadapan minyak mentah Brent AS$69.35 pada 0124 GMT, naik 20 sen, atau 0.3 peratus, daripada penutup sebelumnya.

    Pada Isnin, Brent mencecah AS$70.37 setong, paras tertinggi sejak Disember 2014.

    Manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS AS$63.93 setong, naik 20 sen, atau 0.3 peratus daripada penutup sebelumnya.

    WTI mencecah paras tinggi sejak Disember 2014, AS$64.89 setong, semalam. - BNBBC News

    Subjects:

  • No Comment to " Harga Minyak Mentah Naik "