• Harga Minyak Meningkat

    Published: Wednesday, 10 January 2018
    A- A+
     NEW YORK: Harga minyak meningkat pada Selasa, dengan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) mencecah paras tertinggi, sejak Disember 2014.

    Ia disokong oleh pengurangan bekalan yang diketuai oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan jangkaan bahawa inventori minyak mentah AS telah susut bagi minggu kelapan berturut-turut.

    OPEC dan rakan sekutunya dijangka mengekalkan had bekalan pada tahun ini, bagi meredakan kemelut harga minyak mentah dunia.

    U.S. West Texas Intermediate (WTI) naik AS$1.23, atau dua peratus untuk ditutup kepada AS$62.96 setong selepas mencatat paras tertingginya sejak Disember 2014, AS$63.24.

    Minyak mentah Brent pula mengakhiri sesi dagangan dengan peningkatan AS$1.04, atau 1.5 peratus kepada AS$68.82 setong selepas mencecah paras tertinggi dalam sesi iaitu, AS$69.08, yang tertinggi sejak Mei 2015. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Harga Minyak Meningkat "