• Harga Minyak Dunia Cecah AS$70.95 Setong, Paras Tertinggi Sejak Disember 2014

    Published: Thursday, 25 January 2018
    A- A+


    SINGAPURA – Harga minyak didagangkan tertinggi sejak Disember 2014 selepas inventori minyak Amerika Syarikat merekodkan penurunan untuk 10 minggu berturut-turut dan kedudukan dolar yang lemah.

    Niaga hadapan minyak mentah Brent dibuka pada harga AS$70.95 setong pada hari Khamis, paras tertinggi sejak awal Disember 2014.

    Ia turun pada paras AS$70.86 pada 0105 GMT, yang mana ia masih naik sebanyak AS$0.33 atau 0.5 peratus berbanding harga penutup.

    Niaga hadapan mentah AS West Texas Intermediate (WTI) naik kepada AS$66.22 setong dalam dagangan awal, juga paras tertinggi sejak awal Disember 2014.

    Kedua-dua penanda aras untuk minyak mentah itu naik hampir 60 peratus sejak pertengahan tahun lalu.

    Inventori minyak mentah Amerika Syarikat susut 1.1 juta tong pada minggu ini hingga 19 Jan, kepada 411.58 juta tong, kata Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) pada hari Rabu.

    Itulah tahap musiman yang paling rendah sejak 2015 dan di bawah purata lima tahun iaitu sekitar 420 juta tong.

    Dalam pasaran pertukaran asing, dolar Amerika Syarikat mencecah tahap terendah sejak Disember 2014 berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

    Dolar yang lemah sering menyebabkan peniaga kewangan mengambil pelaburan daripada pasaran mata wang dan menjadi komoditi berjangka seperti minyak mentah.

    Penganalisis berkata, kenaikan harga minyak kemungkinan memberi kesan inflasi kerana akan memberi kesan kepada harga pengguna, yang mana harga pengangkutan barang-barangan melonjak.

    Pengeluaran minyak Amerika Syarikat berkembang lebih daripada 17 peratus sejak tahun 2016 dan sekarang hampir sama dengan pengeluar utama Arab Saudi.

    Hanya Rusia mengeluar secara purata 10.98 juta tong pada hari 2017. – MalaysiaGazette

    Subjects:

  • No Comment to " Harga Minyak Dunia Cecah AS$70.95 Setong, Paras Tertinggi Sejak Disember 2014 "