• Harga Mingguan Petrol, Diesel Naik

    Reporter: Admin
    Published: Wednesday, 31 January 2018
    A- A+
    KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik dua sen kepada RM2.31 seliter dan RM2.58 seliter bermula tengah malam ini hingga 7 Feb.

    Harga runcit diesel pula naik tiga sen kepada RM2.34 seliter, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di laman sesawangnya hari ini.

    Bagi minggu sebelum ini iaitu dari 25 hingga 31 Jan, harga runcit mingguan RON95 ialah RM2.29 seliter, RON97 (RM2.56 seliter) dan diesel (RM2.31 seliter). -- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Harga Mingguan Petrol, Diesel Naik "