• Hanya Litar Pintas Suis Penghawa Dingin

    Published: Wednesday, 10 January 2018
    A- A+

    SERIAN: Pengusaha kedai kopi di sini berdepan detik cemas selepas berlaku litar pintas melibatkan suis penghawa dingin yang berlaku sekitar jam 1.09 tengahari tadi.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian dikerahkan ke lokasi selepas laporan diterima.

    Menurutnya, setibanya di lokasi didapati kebakaran hanya melibatkan kebakaran suis penghawa dingin.

    "Kejadian ini  tidak melibatkan struktur. Tiada gerak kerja operasi dijalankan, pasukan Bomba hanya menutup suis utama kedai kopi dan membuat pengudaraan bagi mengeluarkan asap di dalam kedai tersebut," katanya.

    Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan punca kejadian masih disiasat.-Sarawakiana


  • No Comment to " Hanya Litar Pintas Suis Penghawa Dingin "