• Hanya BN Pilihan Pengundi Mas Gading

    Published: Thursday, 25 January 2018
    A- A+

    Ahli Parlimen Mas Gading Datuk Anthony Nogeh Gumbek menegaskan hanya Barisan Nasional (BN) pilihan pengundi di kawasan Mas Gading memandangkan hanya kerajaan BN yang banyak menyumbang kepada pembangunan di konstituensi berkenaan.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Nogeh berkata walaupun pembangunan di Mas Gading belum sempurna sepenuhnya, namun beliau sebagai wakil rakyat akan terus mengatasi apa jua masalah di kawasan berkenaan.

    “Dahulu Mas Gading adalah antara kawasan yang serba kekurangan dari segi infrastruktur tetapi sekarang, banyak yang sudah ada seperti jalan raya, bekalan elektrik, air dan sebagainya.

    “Ini semua adalah sumbangan BN yang sudah terbukti kepada rakyat,” katanya.

    Justeru beliau menggesa rakyat di Mas Gading agar terus menyokong BN pada pilihanraya akan datang.

    “Jika terus diberi mandat, saya akan berusaha meningkatkan lagi pembangunan di seluruh kawasan Mas Gading,” katanya. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Hanya BN Pilihan Pengundi Mas Gading "