• Hanya 2 Keluarga Masih Di Pusat Pemindahan

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Tuesday, 9 January 2018
    A- A+

    MIRI: Hanya sembilan orang mangsa melibatkan dua keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan di Dewan Sebaguna Kampung Lereng Bukit setakat hari ini.

    Empat lagi keluarga merangkumi 11 orang mangsa telah keluar dan menumpang di rumah saudara mara.

    Kesemua mereka merupakan mangsa bencana tanah runtuh yang berlaku Ahad lepas.

    Sementara itu,  sebanyak lima buah sekolah terjejas akibat banjir di negeri ini.

    Sekolah tersebut merangkumi SK Nanga Selangau, SK Bukit Inkerbai Mukah, SK Kuala Kenyana Mukah, SK Kuala Sigu Sebauh dan SK Kuala Bok Baram - Sarawakiana
  • No Comment to " Hanya 2 Keluarga Masih Di Pusat Pemindahan "