• Hampir 200 Tuai Rumah Mahu Mawan Dicalonkan Semula

    Published: Wednesday, 31 January 2018
    A- A+

    Ahli Parlimen Saratok Tan Sri William Mawan kini mungkin berada dalam kedudukan selesa apabila seramai 177 orang tuai rumah panjang dan tujuh orang pemimpin masyarakat mahu beliaudicalonkan semula pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang untuk kerusi parlimen Saratok.

    Memetik laporan The Borneo Post, Penghulu Wilfred Empatie berkata, lebih 400 orang berkumpul di Saratok Resthouse bagi menyatakan sokongan mereka kepada Mawan supaya dicalonkan semula oleh Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi Saratok.

    "Para pemimpin masyarakat berjanji akan sentiasa bersatu menjadi tulang belakang Mawan dan tidak akan menyokong serangan yang dilancarkan dari pihak tertentu yang ingin mengalahkan Mawan," katanya.

    Wilfred mendakwa Mawan mempunyai prestasi yang terbaik dalam berkhidmat untuk rakyat dan penduduk setempat tidak meragui lagi beliau sebagai wakil rakyat Saratok.

    "Kesetian beliau kepada BN juga terbukti dan ini adalah salah satu sebab BN perlu mencalonkan beliau semula," ujarnya. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Hampir 200 Tuai Rumah Mahu Mawan Dicalonkan Semula "