• Hala Tuju Kementerian Pertahanan Kearah Kebajikan Anggota

    Published: Thursday, 11 January 2018
    A- A+


    KUCHING: Panglima 1 Divisyen Datuk Stephen Mundaw telah mengadakan satu sesi taklimat dan dialog bersama anggota naungan formasi 3 Briged Infantri Malaysia di Dewan Bukavu, Kem Penrissen di sini semalam.

    Menurutnya, acara tersebut bertujuan memberi penerangan kepada 6 Teras Hala Tuju Kementerian Pertahanan, Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) serta Program Skim Anuiti Veteran (SAVe).

    Pegawai dan anggota yang hadir turut berpeluang untuk meluahkan pendapat dan bertanyakan soalan dalam sesi soal jawab antara Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia dan warga 3 Briged.

    Beliau berkata Divisyen Pertama Infantri Malaysia akan senantiasa prihatin terhadap kebajikan anggota di bawah naungannya berdasarkan 6 Teras Hala Tuju Kementerian Pertahanan.

    Jelasnya, Kementerian Pertahanan serta pihak atasan akan terus berusaha memerah otak bagi mewujudkan fasiliti serta kemudahan kepada anggota dan pegawai yang sedang berkhidmat mahupun yang telah bersara.

    “Antara fasiliti atau kemudahan yang telah diberikan umumnya seperti Program SASaR yang memberi kemudahan dan dorongan kepada anggota untuk memiliki rumah mampu milik dan Program SAVe yang bertanggungjawab di dalam aspek pencen anggota dan pegawai,” katanya.

    Turut hadir semasa program tersebut ialah Panglima 3 Briged, pegawai-pegawai memerintah dan pemerintah serta para pegawai dan anggota dibawah naungan 3 Briged. - Sarawakiana
  • No Comment to " Hala Tuju Kementerian Pertahanan Kearah Kebajikan Anggota "