• Guru Pening Terhidu Mercuri Termometer Pecah

    Published: Tuesday, 30 January 2018
    A- A+


    BAU: Seorang guru sains mengadu mengadu mengalami pening berlarutan setelah membuka kabinet termometer di Sekolah Kebangsaan (SK) Bau di sini pagi ini.

    Bimbang terkena kesan bahan kimia pihak sekolah menghubungi pasukan bomba untuk membuat pemeriksaan di makmal berkenaan.

    Jurucakap bomba berkata, seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau dihantar ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima maklumat tentang insiden tersebut.

    “Tiba di tempat kejadian, pasukan bomba terus memeriksa kabinet simpanan di makmal itu.

    “Hasil pemeriksaan mendapati ada empat batang termometer pecah di dalamnya menyebabkan berlaku pencemaran mercuri,” katanya ketika dihubungi di sini pagi ini.

    Beliau berkata, setelah membuat pengasingan termometer tersebut, mercuri yang tumpah dinyah cemar menggunakan cecair pelarut, Clorox.

    - UTUSAN ONLINE
  • No Comment to " Guru Pening Terhidu Mercuri Termometer Pecah "