• Gunung Berapi Mayon Di Filipina Bakal Meletus Bila-bila Masa

    Published: Monday, 15 January 2018
    A- A+

    ALBAY - Beribu-ribu penduduk terpaksa dipindahkan ke kawasan perlindungan kecemasan susulan gunung berapi Mayon di wilayah Albay, Filipina dijangka akan meletus pada bila-bila masa.

    Tahap amaran di sekitar kawasan gunung tersebut juga telah dinaikkan kepada tahap kritikal selepas ia memuntahkan abu beribu-ribu meter ke udara.

    Letusan pertama direkodkan berlaku pada pukul 5 petang waktu tempatan 13 Januari lalu.

    Dalam letusan pertama itu gunung berapi Mayon telah memuntahkan abu setinggi 2,500 meter ke udara. Kali terakhir gunung Mayon meletus pada 2014. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Gunung Berapi Mayon Di Filipina Bakal Meletus Bila-bila Masa "