• Gunung Berapi Jepun Meletus, 4 Cedera, 1 Hilang

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Tuesday, 23 January 2018
    A- A+
    TOKYO: Empat cedera, seorang lagi dilaporkan hilang selepas gunung berapi meletus berhampiran sebuah pusat peranginan luncur salji terkemuka di Jepun yang mengakibatkan runtuhan salji, hari ini.

    Agensi Meteorologi Jepun menggesa penduduk berhampiran menjauhi Gunung Kusatsu Shirane selepas mengesan 'aktiviti' gunung berapi.

    Menurut jurucakap kanan kerajaan Jepun, Yoshihide Suga, empat pelancong di dalam sebuah kereta kabel di pusat peranginan luncur salji di Gunma, barat laut Tokyo, cedera akibat cermin pecah.

    Pegawai jabatan bomba tempatan, Yuji Shinohara memaklumkan empat mangsa cedera dan pihaknya sedang cuba membantu mereka.

    "Runtuhan salji ini disebabkan letusan gunung berapi. Pihak berkuasa juga sedang mencari seorang lagi mangsa yang masih hilang," kata Shinohara. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Gunung Berapi Jepun Meletus, 4 Cedera, 1 Hilang "