• Graduan Baharu DUN Pantai Damai Dapat Insentif Wang Tunai, Sijil

    Published: Thursday, 25 January 2018
    A- A+

    KUCHING: Berita gembira buat pelajar lepasan ijazah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai apabila Anugerah Cemerlang Pendidikan dan Graduan DUN Pantai Damai diperkenalkan tahun ini.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia adalah sumbangan sebagai insentif atau galakan kepada graduan baharu dalam kawasan DUN Pantai Damai.

    Menurutnya, insentif tersebut akan diberikan dalam bentuk wang tunai dan sijil.

    "Asal sahaja memiliki skrol ijazah dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) tahun 2017 dan berasal dari kawasan DUN Pantai Damai, mereka boleh memohon," katanya berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Dana Pentadbiran dan Aktiviti Persatuan Kelab DUN Pantai Damai di sini, hari ini.

    Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti menjelaskan, pemberian insentif tersebut akan menjadi acara tahunan pusat khidmatnya dan menjadi galakan untuk mendapat keputusan cemerlang.

    Sementara itu, sebanyak 22 NGO, 14 kumpulan zikir, 10 kumpulan hadrah dan tiga persatuan silat di Pantai Damai menerima sumbangan dana keseluruhan berjumlah RM181,000.-Sarawakiana


  • No Comment to " Graduan Baharu DUN Pantai Damai Dapat Insentif Wang Tunai, Sijil "