• Gempa Bumi Caribbean, Amaran Tsunami

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Wednesday, 10 January 2018
    A- A+
    TEGUCIGALPA: Gempa bumi dengan kekuatan 7.6 magnitud melanda kawasan kepulauan Caribbean di Honduras hari ini, dan amaran tsunami dikeluarkan terhadap Kepulauan Virgin dan Puerto Rico, Amerika Syarikat (AS).

    Gempa bumi itu dilaporkan turut menggegarkan tingkap di ibu negara Honduras, Tegucigalpa yang terletak kira-kira 519 kilometer ke timur tetapi setakat ini, tiada kerosakan direkodkan.

    Sebelum itu, Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan gempa bumi dengan kekuatan 7.8 magnitud, yang berpusat di kawasan terletak kira-kira 202 kilometer di timur laut Barra Patuca, Honduras dan 307 kilometer di barat daya George Town, Kepulauan Cayman.

    Berikutan itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami bagi Puerto Rico dan Kepulauan Virgin, AS dan meramalkan ombak setinggi semeter berbanding paras air pasang.

    Difahamkan, gempa itu di kawasan amat cetek, iaitu pada kedalaman 10 kilometer dan ia mungkin akan memburukkan lagi kesan tsunami akibat gempa. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Gempa Bumi Caribbean, Amaran Tsunami "