• Gempa Bumi 4.4 Gegarkan Athens

    Published: Tuesday, 16 January 2018
    A- A+

    ATHENS: Gempa bumi sederhana berukuran 4.4 menggegarkan ibu negara Greece petang semalam, kata pemantau kebangsaan dan pakar.

    Ia berlaku cuma pada kedalaman lima kilometer dan berpusat 24 kilometer ke timur laut Athens. Ia disusuli dengan gegaran susulan lemah.

    "Gempa bumi berukuran 4.4 dirasakan di seluruh Athens dan sejauh ke Lamia dan Corinth.

    "Penduduk tidak perlu bimbang, kami tidak rasa gempa lebih besar akan berlaku," kata ketua pertubuhan perancangan dan perlindungan gempa bumi Greece, Efthymios Lekkas, kepada stesen televisyen ERT.

    Pemantau kebangsaan pada awalnya menyatakan gempa itu berukuran 4.2.

    Tiada laporan kerosakan atau kecederaan diterima. Julai lalu, gempa bumi berukuran 6.7 mengorbankan dua orang dan mencederakan ratusan lagi di pulau peranginan Kos dan seluruh Laut Aegean di kawasan pelancongan Bodrum di Turki. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Gempa Bumi 4.4 Gegarkan Athens "