• Gedung Fesyen H&M Dirosakkan

    Published: Monday, 15 January 2018
    A- A+

    Gedung fesyen H&M di Afrika Selatan telah diserang sebagai tindak balas terhadap kempen iklan syarikat berkenaan yang memaparkan tulisan `coolest monkey in the jungle’ atau `monyet paling cool dalam hutam’ yang disifatkan sebagai satu penghinaan dan rasis.

    Anggota kumpulan Economic Freedom Fighters (EFF)telah bertanggungjawab melakukan serangan itu sebagai bantahan di seluruh negara manakala media sosial di negara berkenaan dipenuhi dengan gambar kedai H&M dirosakkan.

    Rak-rak baju ditendang, patung dihumban keluar manakala baju-baju dimusnahkan di dua buah gedung fesyennya di Sandton City dan Menlyn di Johannesburg.

    “Penyokong EFF telah menyebabkan kemusnahan dalam kedai. Jumlah kerugian belum diketahui memandangkan semua kedai ditutup dan kakitangan telah meninggalkan kedai terbabit,’’ kata sumber.

    Penyokong juga dilaporkan memakai pakaian merah dan menari di luar kedai dengan membawa kain rentang bertulis ‘H&M say “hello” to coolest monkeys’.

    Dalam pada itu, timbalan presiden EFF, Floyd Shivambu mengucapkan tahniah kepada ahlinya kerana bersemuka dengan perkauman dan dengan bangga memuatnaik gambar kerosakan dalam kedai H&M.

    “Takanlah selepas 350 tahun kita masih berdepan dengan penghinaan,’’ katanya.

    Ayat `coolest monkey in the jungle’ dicetak pada baju panas untuk kanak-kanak lelaki berusia setahun hingga 10 tahun dengan iklan yang dikeluarkan H&M memaparkan kanak-kanak kulit hitam memakainya.

    Ia mengakibatkan sekumpulan selebriti mengutuk H&M kerana tidak sensitif dan menghina. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Gedung Fesyen H&M Dirosakkan "