• Gambar Swafoto Dalam FB Bantu Tangkap Pembunuh

    Published: Thursday, 18 January 2018
    A- A+

    Gambar swafoto yang dimuatnaik dalam Facebook telah membantu polis mengenalpasti pembunuh seorang remaja, Brittney Gargol, 18, yang dibunuh oleh kawan baiknya sendiri iaitu Cheyenne Rose Antoine, 21.

    Kejadian itu berlaku pada Mac 2015 lalu di , Saskatchewan, Kanada dan dengan bantuan gambar itu, kini Cheyenne telah dihukum penjara selama tujuh tahun.

    Gambar swafoto itu dirakamkan enam jam sebelum Brittney dibunuh. Ia dimuatnaik oleh Cheyenne dalam Facebooknya dengan kapsyen “Di mana awak? Saya tidak mendengar khabar dari awak. Harap awak sampai ke rumah dengan selamat,’’.

    Kapsyen dan gambar itu merupakan satu cubaan daripada Cheyenne untuk menutup jenayah yang dilakukannya.

    Namun polis mendapati tali pinggang yang dipakai oleh Cheyenne dalam gambar berkenaan merupakan senjata yang digunakan untuk menjerut leher kawan baiknya sendiri.

    Mayat Brittney kemudiannya dibuang di tepi jalan manakala tali pinggang tersebut pula dijumpai di kawasan berhampiran.

    Dalam perbicaraan Cheyenne mengaku telah bergaduh dengan kawannya itu tetapi dia tidak ingat pernah membunuhnya.

    Cheyenne mengaku salah. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh peguamnya, Cheyenne berkata dia tidak dapat memaafkan dirinya atas apa yang berlaku dan memohon maaf di atas kejadian itu. – Mynewshub.cc

    Subjects:

  • No Comment to " Gambar Swafoto Dalam FB Bantu Tangkap Pembunuh "